• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Song Hye Kyo Dedah Pernah Terima Ugutan Disimbah Asid

Pelakon popular Korea Selatan, Song Hye Kyo baru-baru ini membuat pendedahan mengejut bahawa ibunya pernah menerima ugutan daripada seseorang yang dikenali mereka beberapa tahun lalu.

Menerusi pendedahan eksklusif yang dibuatnya menerusi program televisyen Poongmon Show, Hye Kyo memberitahu dia dan ibunya telah menerima sepucuk surat ugutan bertarikh Januari 2015 yang mana mengugutnya untuk menyerahkan wang sebanyak RM911,492 (KRW250 juta).

“Jika kamu tidak menyerahkan wang yang diminta, aku akan simbah asid terhadap kamu dan anak kamu, Song Hye Kyo. Jika tak mahu lihat anak kamu kena simbah asid, baik lakukan seperti apa yang aku minta,” tulis surat ugutan tersebut.

Sebaik menerima surat itu, ibunya dengan pantas telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis, selain memindahkan aktres itu ke tempat yang lebih selamat buat sementara waktu.

Menerusi penyiasatan yang dilakukan pihak polis, individu yang menghantar surat ugutan itu merupakan bekas pengurus Hye Kyo sendiri.

Sebaik mendapat perkhabaran itu, ibu pelakon tersebut langsung tidak mempercayai berita itu kerana sangat mempercayai pengurus anaknya sendiri dan sudah menyifatkan dia sebagai ahli keluarga mereka.

Suspek juga dikatakan telah tinggal bersama dengan Hye Kyo selama tiga tahun sepanjang menguruskan kerjaya isteri kepada pelakon Song Joong Ki itu.

Bagaimanapun, ibu Hye Kyo enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek kerana percaya dia sudah insaf di atas perbuatan yang dilakukannya terhadap mereka. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend