• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Song-Song Couple Dijadual Bincang Agih Aset Bersama RM358 Juta

Selepas dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan paling disayangi di Korea Selatan iaitu Song Joong-ki dan Song Hye-kyo pada 27 Jun lalu, pihak media di sana sedang ‘mengeledah’ berapa jumlah aset yang harus dibahagikan mereka berdua sebaik penceraian mereka disahkan mahkamah kelak.

Pasangan yang dikenali sebagai ‘Song-Song Couple’ ini dilaporkan mempunyai aset bersama berjumlah AS$86.5 juta (RM358 juta).

Joong-ki dilaporkan mempunyai kekayaan menerusi aset hartanah berjumlah AS$22 juta dan rumah persinggahan pasangan itu di Itaewon dianggarkan berharga AS$8.6 juta (RM36 juta).

Aset hartanah yang dimiliki Hye-kyo dilaporkan lebih mewah berbanding bekas suaminya memandangkan dia terlebih dahulu melibatkan diri dalam bidang hiburan.

Aktres cantik itu mempunyai tiga kediaman di Samseong, Seoul dengan nilai kekayaan sebanyak AS$17.8 juta (RM74 juta). Selain itu, pelakon Auturm in My Heart itu turut memiliki sebuah villa berharga AS2.6 juta (RM10.8 juta) dan sebuah lagi rumah agam yang dibelinya pada 2017 berharga AS$7.9 juta (RM33 juta). Dia turut memiliki sebuah kondominium di New York berharga AS$1.7 juta (RM7 juta).

Memandangkan kedua-duanya berkahwin hanya dalam tempoh singkat, aset bersama mereka dikatakan sangat sedikit jika dibandingkan dengan harta perseorangan dan pastinya tidak timbul masalah untuk mereka membahagikan aset bersama.

Mahkamah Keluarga Seoul telah melantik hakim Jang Jin-young untuk terlibat dalam proses perbincangan bersama pasangan itu dan ia dijadualkan berlangsung hujung bulan ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend