• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Sufian Suhaimi Jelaskan Bukan Duit Berterbangan, Hanya Kelopak Bunga

Persembahan Di Matamu pada pentas berprestij Anugerah Juara Lagu masih lagi menjadi bualan netizen sehingga ke hari ini malah video yang dimuat naik menerusi saluran Youtube TV3 juga telah mencatatkan sebanyak lebih daripada 4.3 juta tontonan.

Penyanyinya, Sufian Suhaimi yang menggondol Anugerah Persembahan Terbaik hasil undian daripada penonton, membuat penjelasan menerangkan video di skrin gergasi semasa persembahannya itu adalah gerakan kelopak bunga bukannya duit berterbangan seperti yang didakwa ramai netizen.

Menurut Sufian grafik pada akhir persembahan itu adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong dan mungkin disebabkan pecahan bunga itu berbentuk petak dan empat segi, ia telah membawa maksud seakan-akan wang kepada sesetengah pihak.

“Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya daripada sudut berbeza. Apapun, saya lebih daripada berpuash hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team. Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah,” tulis pemuda berusia 27 tahun itu.

Persembahan Sufian pada malam itu dianggap epik kerana dikatakan menceritakan kisah cintanya yang tidak kesampaian bersama pelakon Elfira Loy yang selamat bergelar isteri kepada seorang pengurus besar, Faris Datuk Khairol Anuar pada 1 Januari lalu.

Sufian bagaimanapun telah membuat penjelasan bahawa konsep persembahan itu sama sekali tidak ditujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin menampilkan mood kecewa dan patah hati bersesuaian dengan lirik lagu tersebut. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend