• FOLLOW US
Hiburan, Rancangan TV, TV

Syafinaz, Aizat, Nana & Hafiz Suip Jadi Tenaga Pengajar Mentor 7

Setelah enam tahun berehat, program Mentor 7 kembali pada tahun ini dengan mengetengahkan empat mentor daripada pelbagai latar belakang muzik.

Barisan Mentor 7 terdiri daripada penyanyi dan pensyarah Datuk Syafinaz Selamat, Siti Nordiana, Hafiz Suip dan Aizat Amdan.

Penerbit Eksekutifnya, Sufian Isa berkata pihak produksi sudah lama mahu mendapatkn khidmat keempat-empat mentor dan akhirnya kesempatan itu tiba juga pada tahun ini.

“Pemilihan mentor ini keempat-empat mereka ada kredibiti masing-masing. Mereka semua ada pengalaman yang cukup luas dalam industri.

“Dari segi karakter pun kita dapat lihat, masing-masing ada imej dan genre muzik tersendiri yang pastinya akan mewarnai lagi Mentor 7.

“Yang paling penting, besar harapan kami agar Mentor 7 dapat lahirkan lagi penyanyi berbakat besar untuk memeriahkan lagi industri,” katanya kepada KopiPlanet ketika ditemui pada majlis sidang media Mentor 7 di Sri Pentas Bandar Utama, Damansara hari ini.

Sebanyak lima pusingan ujibakat akan diadakan, lima di Sri Pentas dan satu di Sabah bermula 18 Ogos ini.

Sementara itu, Syafinaz yang sebelum ini banyak kali ditawarkan menjadi mentor berkata beliau akhirnya menerima tawaran itu kerana sudah tiba masanya untuk membimbing bakat baharu yang berminat untuk bergelar penyanyi yang mempunyai visi dan matlamat tersendiri.

“Sebelum ini pihak produksi dah banyak kali beri tawaran jadi mentor. Dulu sebab saya sibuk dengan kerja, tapi bila fikirkan balik kerja memang tidak akan pernah habis.

“Saya ambil cabaran sebagai mentor untuk beri tunjuk ajar mana yang perlu untuk mereka yang ingin bergelar penyanyi.

“Saya tak garang tapi saya mahukan protege yang betul-betul fokus dengan apa yang diinginkan agar kerjasama di antara kami berjalan lancar,” katanya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend