• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Syazwan Zulkifli Bertunang Dengan Pramugari Malindo 31 Ogos Ini

Pelakon Syazwan Zulkifli bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang pramugari Malindo Airlines, Syawariah Zulkifli, 32, pada 31 Ogos ini.

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, majlis pertunangan akan berlangsung di Taiping, Perak.

“Saya dah lama berkenalan dengan dia dan merasakan ini masa terbaik untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Hubungan sebelum-sebelum ini bukan saya tidak serius tapi tiada jodoh (bersama). Sementara ibu bapa saya masih sihat ini saya rasa inilah masanya untuk saya buat majlis kenduri walaupun ibu bapa tidak pernah bagi tekanan untuk saya segera mendirikan rumah tangga,” kata Syazwan kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pratonton filem Warkah di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara hari ini.

Memasuki empat tahun usia percintaan, Syazwan menyifatkan bakal tunangnya itu seorang yang memahaminya serta karier lakonannya.

“Saya dah berkawan dengan dia sejak 10 tahun lalu dan dia merupakan seorang yang cukup memahami saya dan juga kerja saya. Kalau dia nampak saya bergurau dengan rakan artis perempuan, dia tidak pernah mempersoalkan mengenai hal itu.

“Kalau nak cakap pasal saya seorang yang baran, dia tahu saya macam mana orangnya. Tolak tepi dengan kes bersama bekas kekasih dulu, kalau ikutkan saya tidak pernah bergaduh dengan mana-mana rakan artis atau orang dalam industri ini,” ujarnya lagi.

Tidak menetapkan berapa lama tempoh pertunangan, Syazwan berkata dia tidak risau untuk menempuh cabaran berdarah manis.

“Kami tidak merancang lagi berapa lama tempoh pertunangan dan bagi saya sepanjang berdarah manis, datanglah cabaran besar mana pun, kalau kita dapat menanganinya, pasti semua jalan dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya lagi.

Syazwan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan selebriti kelahiran Singapura, Shenty Feliziana namun hubungan mereka putus pada 2015. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend