Cerita ArtisHiburan

Syifa Melvin Bidas Kenyataan Sarah Hildebrand Tentang Instafamous

Pelakon dan juga Instafamous terkenal, Syifa Melvin membidas kenyataan yang dibuat oleh pelakon Sarah Hilderbrand tentang Instafamous.

Sarah menerusi kenyataan dibuat menerusi sebuah akhbar menyatakan terlampau ramai selebriti internet atau ‘instafamous’ yang merosakkan industri sekali gus menjejaskan masa depan golongan anak seni.

“I totally disagree dengan statemet Sarah, itulah dunia sekarang, kita tak boleh nak berhentikan perkara sebegitu sebab dunia sekarang adalah dunia cyber, semua benda yang viral adalah dari kuasa INTERNET!

“Pandanglah dari sudut positive yang itu rezeki mereka “instafamous” dan wujudkanlah persaingan yang sihat dalam diri instead of calling people STUPID,” luahnya menerusi Instagram Story miliknya.

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh Sarah itu lagi, dia menyatakan semua orang mahu dikenali sebagai instafamous, tetapi tidak tahu apa sumbangan mereka pada industri hiburan tanah air.

Dalam pada itu, Syifa menegaskan bahawa berbanding artis yang ada televisyen sebagai platform, sebalik Instafamous hanya mempunyai Internet sebagai platform mereka.

“Artis dan sah sah keluar tv dan sah2 ramai orang tengok TV, medium untuk Instafamous hanyalah di platform internet yang tak semua mengenali mereka.

“Kenapa perlu ada statement berbaur dengki? Aku pun dikenali sebagai INSTAFAMOUS terkesan sedikit sebanyak dengan statement Sarah,” luahnya.

Tegasnya lagi, ada artis yang setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Sarah dan dirinya memandangkan mereka dalam dua bidang yang berbeza.

“Percayalah pada rezeki Allah, famous macam mana pun kau, kalau itu bukan rezeki dari Allah, takkan jadi hak kau jugak.

“Jadi, jangan menuding jari pada golongan Instafamous bila job tak banyak masuk. Tapi doa pada Allah murahkan lagi rezeki,” ujar adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button