Cerita ArtisHiburan

Syifa Melvin Pertahan Diri, Tak Pernah ‘Kikis’ Duit Safawi

Pelakon Syifa Melvin tampil mempertahankan dirinya yang dikatakan menjadi penyebab kepada kemerosotan prestasi pemain Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid, 23, yang merupakan teman lelakinya.

Syifa atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, berkata dia tidak pernah memberi sebarang tekanan kepada Safawi untuk berkahwin sehingga menyebabkan bintang bola sepak kelahiran Dungun, Terengganu itu hilang fokus ketika beraksi di atas padang berikutan aksi kurang memberansangkan Safawi dalam tiga perlawanan JDT sebelum ini.

“Saya bekerja keras selama ini dengan tak cukup tidur dan rehat demi nak biayai dan menampung perbelanjaan diri sendiri, tak pernah sekali minta duit ‘Dia’ (Safawi) untuk sara hidup, dia pun kenal saya macam mana.

“Dia tidak perform atas padang tiada kena-mengena dengan soal peribadi, sekali pun saya tidak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan. Tak tahu pula boleh jadi besar macam ini. Terima kasih kepada komen maki, hina atau puji.

“Saya doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua. Semoga semua dalam lindungan Allah SWT,” tulisnya di laman Instagram peribadi miliknya.

Hubungan cinta di antara Syifa dan Safawi bukan lagi rahsia selepas pelakon itu pernah beberapa kali meluahkan hubungan istimewa mereka di laman sosialnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button