
“Tabahkan Hati, Terima Takdir Yang Telah Ditentukan…” Sherry Ibrahim Beri Kata-Kata Semangat Buat Fattah Amin
Kisah mengenai penceraian antara pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura ternyata menjadi tumpuan umum, terutama sekali peminat kedua-duanya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila bekas kekasih kepada Fattah Amin iaitu Sherry Ibrahim tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada pelakon itu.
Kata-kata semangat berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Sherry menerusi akaun Instagram miliknya.
“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan & bangkit untuk mulakan hidup yang baru. Kuatkan diri demi Fatima, Ibu, Ayah dan Adik-adik yang sentiasa ada di sisi.
“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, Insyaallah ia pasti kan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik.
Keep moving forward and semoga semua urusan you, Abdul Fattah Amin dipermudahkan,” tulisnya.
Sebelum ini, Fattah dan Sherry pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2014, namun kedua-duanya putus sekitar tahun 2016. – KopiPlanet.com