• FOLLOW US

Mengaku Tinggal Serumah: Kecik Bukan Buka Aib, Cuma Nak Bagi Pengajaran

Bekas vokalis kumpulan Hyper Act dan Kristal, Kecik atau nama sebenarnya, Mohammad Fauzi Kamarudin menyatakan tujuannya membuat pengakuan pernah tinggal serumah dengan bekas teman wanitanya adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada orang di luar sana agar tidak sesekali melakukan perkara yang dilarang agama.

Mengakui perkara yang dilakukannya dulu adalah disebabkan sikap jahilnya sendiri, Kecik bagaimanapun tidak terasa hati dengan kecaman yang diterima daripada netizen susulan kenyataan yang dikongsikan menerusi laman Twitter miliknya itu.

“Saya ada baca juga ramai netizen cakap saya seolah buka pekung dan aib sendiri bila buat pengakuan di Twitter tempoh hari. Saya tak boleh nak marahkan mereka sebab memang saya tahu itu salah saya sendiri (pernah tinggal serumah dengan bekas teman wanita).

“Tujuan saya tulis benda itu adalah untuk membersihkan nama saya yang sebelum ini pernah difitnah memukul bekas teman wanita. Selain itu, saya mahu kisah saya dijadikan pengajaran, yang mana mungkin disebabkan dosa silam saya itu, saya kini berada di mana kedudukan saya sekarang,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Menurut Kecik, walaupun kini dia hanya bekerja di kampung halamannya di Jitra, Kedah, namun hatinya berasa tenang dan mahu melupakan segala kisah silamnya sepanjang menjalani kehidupan sebagai anak seni di ibu kota.

> Baca: Kecik Dedah Pernah Tinggal Serumah, Kerap Dipukul Fara Salleh

“Saya tidak nafikan sewaktu berhijrah ke Kuala Lumpur ketika di usia awal 20-an menyebabkan saya mudah terpengaruh dengan benda-benda negatif seperti pergi ke kelab malam dan sentiasa melepak dengan kawan-kawan menyebabkan karier seni saya terjejas.

“Selepas merasakan saya tiada ‘luck’ untuk berjaya sebagai seorang penyanyi, hujung tahun lalu saya ambil keputusan untuk balik ke kampung dan mula bekerja kecil-kecil di sini. Saya buat kerja mengecat rumah, mesin rumput dan membantu ayah menoreh getah.

“Alhamdulillah, walaupun bayarannya tidak seberapa namun yang paling penting saya tenang berada di kampung dan kalau pun saya nak buat ‘comeback’ nanti (kembali bergelar penyanyi), saya harap saya tidak lagi mudah terpengaruh dengan benda-benda negatif yang boleh rosakkan karier saya,” ujarnya lagi.

Nama Kecik hangat diperkatakan selepas dia membuat beberapa siri pengakuan bagi menjelaskan dirinya tidak pernah angkat tangan terhadap bekas teman wanitanya, Fara Salleh yang kini dikatakan merupakan individu ketiga yang muncul dalam konflik rumah tangga di antara pengacara dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Kecik

‘Fara Salleh’ Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Telah Difitnah

Setelah pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengenai kisah perhubungannya dengan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar, akhirnya wanita yang dikenali sebagai ‘Fara Salleh’ membuat laporan polis.

Menerusi perkongsian di Instagram @fztys_, wanita berkenaan telah didakwa bahawa dirinya telah difitnah menerusi pendedahan di Twitter.

“Seorang artis (pelakon) memberitahu bahawa ada pihak media menyebarkan fitnah di antara saya dan Shukri dan fitnah tersebut adalah mengatakan bahawa saya dan Shukri mempunyai hubungan sulit.

“Yang mereka-rekakan cerita tersebut adalah bermula dari Twitter @tylrtaylorGirll yang memulakan gosip tersebut,” ujarnya menerusi laporan berkenaan.

Menurutnya lagi, semua perkara tersebut adalah tidak benar dan dirinya telah difitnah serta menyatakan gambar yang telah tersebar di media sosial adalah gambar lama.

> Baca: Kecik Dedah Pernah Tinggal Serumah, Kerap Dipukul Fara Salleh

Sebelum ini, seorang individu telah membuat pendedahan tentang hubungan antara wanita itu dengan Shuk yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Lebih menarik lagi, bekas vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik juga mendedahkan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan dan pernah dimasukkan ke lokap kerana didakwa mencederakannya. – KopiPlanet.com

Kecik Dedah Pernah Tinggal Serumah, Kerap Dipukul Fara Salleh

Selepas kecoh mengenai pendedahan hubungan Shuk Sahar dengan seorang wanita bernama Fara Salleh, kini Kecik yang juga bekas vokalis Hyper Act turut membuat pendedahan.

Menerusi Twitter miliknya, Kecik mengakui pernah tinggal serumah dengan Fara, malah mendedahkan kerap dipukul wanita itu ketika mereka tinggal bersama.

“Kisah dia camni… aku selalu kena pukul dalam rumah dulu… memang salah oku stay berdua dengan dia… tapi jahil time tu kan.. so aku stay dalam masa setahun 3 kali pindah… First aku stay kondo banjaria court dengan budak-budak Hyper Act.

“Pastu aku kenal dia… dia ajak stay sekali… so aku pun ok ajee… bak kata orang rezeki gais hahaha. Ya Allah jahilnya aku time tu,” luahnya.

> Baca: Individu Dedah Shuk Sahar Ada Hubungan Dengan Wanita Lain?

Menurut Kecik, dia dah Fara tinggal di Manjalara dan kemudian wanita berkenaan dibuang kerja sehingga dia terpaksa menyara kehidupan mereka.

Bagaimanapun, dia menjelaskan Fara telah memfitnahnya dengan anggota Hyper Act sehingga mereka percaya dirinya seorang yang jahat.

> Baca: ‘Fara Salleh’ Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Telah Difitnah

> Baca: Terlibat Kes Ganti Rugi, Nelydia Bersyukur Masih Dapat Jadi Duta Produk

“Dia laga-laga kan Ali dengan orang-orang yang terlibat dengan Hyper Act. Yes dia berjaya akhirnya. Aku kena buang.. pastu aku masuk lokap 7 hari atas dakwaan aku pukul dia setiap hari.

“So korang boleh agak kan setiap hari aku jadi mangsa pukul dia dekat rumah sebab aku dapat rakam banyak video,” dedahnya.

Jelasnya, dia menganggap pendedahan yang dibuat ini ternyata berbaloi kerana dia mengambil masa yang agak lama untuk mengembalikan kepercayaan orang. – KopiPlanet.com