• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Azlan Tak Kisah Dituduh Manipulasi Wanita Untuk Lariskan Produk

Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Nor Azlan Rosle atau Azlan mengulas isu tentang dirinya yang dikatakan memanipulasi wanita untuk melariskan produk minuman tenaga Turbo 3 yang dilancarkannya semalam.

Menurut Azlan, dia sengaja menggunakan penari wanita agar ia dapat memperkenalkan produknya itu secara lebih meluas kepada pelanggan sasaran.

“Saya tidak kisah kalau ada netizen nak cakap atau komen yang kata saya manipulasi wanita untuk melariskan produk.

“Kalau kita tengok semula muzik video luar negara, pemasaran mereka lebih tinggi jika menggunakan penari wanita seksi. Kalau saya seksi siapa nak tengok. Semua itu perkara biasa dalam pemasaran,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Azlan ditemui pada majlis pelancaran single Kukuh dan minuman tenaga Turbo 3 yang berlangsung di Wow KL, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

Muzik video itu ditayangkan ketika pelancaran minuman tenaga Turbo 3 yang menunjukkan tiga lelaki bersama sekumpulan wanita berpakaian seksi sambil mempromosi air minuman tersebut.

Azlan, 37, mengakui menggunakan hasil jualan minuman tenaga ini untuk kepentingan kerjaya muziknya di masa akan datang.

“Tujuan saya buat minuman ini adalah untuk salurkan pemulangan wang ke atas diri saya dan industri muzik. Kalau nak mengharapkan sponsor mungkin boleh dapat tetapi kena melalui banyak proses,” ujarnya.

Sementara itu, Azlan mempunyai strategi yang tersendiri dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk jenama sendiri.

“Saya suka bersendirian dan berimaginasi untuk mengeluarkan produk jenama sendiri. Malah, saya sentiasa berfikir produk apa yang belum dikeluarkan di pasaran dengan melakukan penyelidikan.

“Sebenarnya ada lagi produk yang belum ada dikeluarkan, tetapi saya memilih air minuman tenaga Turbo 3 kerana risiko produk minuman tenaga sangat rendah kerana kuranya pesaing dalam pasaran,” katanya. – KopiPlanet.com

Artikel : Syafiqah Othman
Pelajar praktikal : UiTM Puncak Perdana

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend