Cerita ArtisHiburan

“Tak Perlu Kita Berbalah Di Saat Musibah Makin Teruk” – Syamsul Yusof

Sebelum ini, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ada memuat naik status mengenai perbuatan amal jariah yang dikongsi di media sosial.

Malah, Syamsul turut menyatakan kekeliruannya mengenai media sosial yang menjadi kayu ukur buku amalan seseorang di mata manusia.

Bagaimanapun, menerusi posting terbarunya di Instagram, pengarah berkenaan menyatakan ada pihak yang menganggapnya bersifat dengki dengan kata-katanya itu.

“Ada yang kata saya dengki busuk hati dengan ustaz dan orang yang buat kebaikan di media sosial. Hahh? Pulak dah.. apahal ke situ jauh fikirannya?

“Tiada kena-mengena dan lain yang saya maksudkan. Takpalah, sabar jelah. Tak perlu kita berbalah benda sia-sia di saat musibah makin teruk sekarang. Kita cari redha Allah sama-sama,” ujarnya.

Pada masa sama, Syamsul juga menyatakan media sosial telah menjadi fitnah akhir zaman dan meminta supaya berhati-hati dan jangan kalah dengan agenda mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button