AntarabangsaHollywood

Tak Tunggu Lama, 3 Minggu Kenal Ariana Grande Terus Bertunang

Penyanyi pop terkenal, Ariana Grande, 25, dikatakan sudah bertunang dengan teman lelaki, Pete Davidson yang baharu sahaja dikenali sejak tiga minggu lalu.

Sumber People.com berkata pasangan itu mengambil keputusan untuk ke peringkat seterusnya selepas kedua-duanya dikatakan serius dengan perhubungan yang dibina.

“Ia sebuah pertunangan. Mereka berdua adalah orang yang sangat gembira bersama dan itu sudah cukup buat mereka,” kata sumber People.com.

Pete, 25, yang merupakan pelakon dan pelawak baru-baru ini menunjukkan rasa cintanya terhadap Ariana dengan mencacah tatu di bahagian ibu jari dengan abjad AG yang merujuk kepada nama kekasihnya itu.

Selain itu, Pete turut membuat tatu di belakang telinga kiri dengan simbol kepala arnab yang merupakan simbol kegemaran Ariana.

Kedua-dua mereka mengesahkan hubungan cinta tiga minggu lalu selepas sama-sama menggayakan pakaian bertemakan watak filem Harry Potter

Hubungan Ariana dengan Pete terjalin selepas penyanyi genit itu putus cinta dengan bekas teman lelaki, rapper Mac Miller. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button