• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Tasha Shilla Kini Isteri Muhammad Atiq, Bakal Menetap Di Singapura

Dengan sekali lafaz, pelakon Tasha Shilla kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris setelah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu.

Muhammad Atiq dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pelakon tersebut, Abdul Razak Razali dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada pukul 9.59 pagi ini di Masjid Wilayah Jalan Duta.

Pada majlis tersebut juga, Atiq telah menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan oleh kedua-dua belah pihak.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Tasha telah memilih untuk tinggal bersama suaminya di Singapura sebaik selesai majlis persandingan di belah pihak lelaki.

Pelakon itu memilih untuk tidak menghebahkan niat mendirikan rumah tangga kerana menganggap ia perkara peribadi dan hanya memadai untuk dikongsi bersama keluarga dan sahabat karib.

Tasha dan Atiq tampil dengan busana serba putih hasil rekaan Hatta Dolmat pada majlis pernikahan tersebut, manakala untuk majlis resepsi pasangan itu turut menggunakan rekaan pereka yang sama.

Majlis resepsi untuk sebelah perempuan akan diadakan pada sebelah malam, manakala majlis pihak lelaki pula akan berlangsung pada minggu hadapan. – KopiPlanet.com

Kredit foto: @blackpepperproduction

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend