AntarabangsaHollywood

Tatu Baharu Ariana Grande Dalam Bahasa Jepun Salah Ejaan

Lagu berjudul 7 Rings telah mendapat sambutan daripada peminat setia dan sebagai kejayaan itu, penyanyi Ariana Grande telah menambah lagi satu koleksi tatu di bahagian tapak tangan dalam bahasa Jepun.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu mengakui terdapat kesalahan ejaan kerana kulitnya mengelupas sehingga membuatkan dia tidak tahan untuk meneruskan satu lagi ukiran huruf tatu.

Menerusi laman Twitter milik penyanyi popular lagu Thank You, Next itu, dia berkongsi gambar tapak tangan yang mempunyai tulisan tatu, baru-baru ini.

 

Namun, rata-rata peminat dan pengikut telah memaklumkan kesalahan itu di ruangan komen, tetapi Ariana lebih pantas menjelaskan kenyataan itu.

“Ya, ‘つの指’ sememangnya perlu ditulis di antara dua huruf tatu itu. Pada waktu itu saya tidak tahan untuk mengharungi satu lagi lukisan huruf tatu.

“Lagipun kulit pada bahagian tangan ini senang menggelupas, jadi tatu ini tidak akan tahan lama. Jika saya nakkannya balik, saya akan melalui seluruh proses ini semula,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button