• FOLLOW US
Rancangan TV, TV

Terhenti Siaran Sebab PKP, Ceria Megastar Kini Disambung Semula

Program pencarian bakat kanak-kanak, Ceria Megastar 2020 kini sudah kembali bersiaran sejak 20 Jun lalu di saluan Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631), setiap Sabtu jam 9 malam.

Ceria Megastar 2020 sebelum ini terhenti siaran di minggu ketiga kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Sehubungan itu, program ini yang sebelum ini disiarkan secara langsung akan ditayangkan secara versi rakaman bagi mengikuti SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan kerajaan.

Ketua Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong berkata, “Bagi mematuhi syarat-syarat SOP seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, program ini hanya akan diteruskan dengan rakaman awal tanpa kehadiran penonton di studio.”

“Kami juga mengambil beberapa langkah proaktif demi memastikan keselamatan kesemua yang terlibat dalam produksi program ini, seperti mensanitasi kesemua kawasan umum, bilik solekan, peralatan muzik dan sebagainya secara berkala. Pelitup muka serta pembersih tangan juga disediakan di studio.

“Kesemua peserta akan membuat persembahan di rumah melalui panggilan dalam talian secara langsung, manakala para juri akan menilai persembahan mereka di studio. Hos dan penasihat persembahan di studio juga akan berinteraksi dengan peserta melalui panggilan dalam talian,” katanya.

Menggalas tugas hos bagi Ceria Megastar adalah pengacara tersohor tanah air, Nabil Ahmad. Di meja juri tetap pula adalah Ernie Zakri dan Zizan Razak, yang akan disertai seorang juri jemputan seperti Mark Adam, Ayda Jebat, Shuib Sepahtu dan Dato AC Mizal setiap minggu.

Di posisi penasihat persembahan pula adalah penyanyi dan guru vokal disegani ramai, Datuk Syafinaz Selamat, penari dan koreografer hebat, Alam Wakaka serta naib juara ‘Dansa dan Sing’, Chubb-E. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend