• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Tiada Sebarang Petunjuk, Naya Rivera Dipercayai Sudah Meninggal Dunia

Bintang siri Glee, Naya Rivera dipercayai sudah meninggal dunia selepas dilaporkan lemas di Tasik Piru, Los Angeles semalam.

Keputusan itu dibuat selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai pelakon tersebut. Misi kini bertukar daripada menyelamat kepada pencarian mayat pelakon berusia 33 tahun itu.

Naya dilaporkan hilang selepas menaiki bot yang disewa bersama anak lelakinya, Josey Dorsey, 4. Kehilangannya disedari pihak pengurusan bot tersebut yang menemui anaknya bersendirian di atas bot selepas bot gagal dipulangkan mengikut waktu sewaan.

Anaknya memberitahu pasukan penyelamat ibunya pergi berenang di tasik berkenaan dan tidak kembali semula ke bot.

Naya terkenal dengan watak Santana Lopez menerusi Glee, sebuah drama bersiri muzikal popular mengenai pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat yang bersiaran selama enam musim dari tahun 2009 hingga 2015.

Antara yang turut membintangi drama terbitan Ryan Murphy itu ialah Lea Michele, Dianna Agron, serta mendiang Cory Monteith yang meninggal dunia pada Julai 2013 akibat terlebih dos dadah dan alkohol serta mendiang Mark Salling yang membunuh diri pada 2018 selepas dikaitkan dengan kesalahan memiliki pornografi kanak-kanak. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend