Cerita ArtisHiburan

“Gagal SPM Tak Semestinya Tak Boleh Berjaya” – Aiman Tino

Penyanyi Aiman Tino berkongsi pandangan yang sama dengan Ismail Izzani apabila berpendapat kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah penentu kejayaan dalam hidup seseorang.

Menurut Aiman atau nama sebenarnya, Muhammad Aiman Yusri, 20, dia sendiri sudah melihat contoh di depan mata, di mana rakannya yang tidak menghabiskan pelajaran kini sudah berjaya memiliki perniagaan sendiri dengan hanya bersandarkan usaha dan kerja keras individu itu sendiri.

“Nak kata SPM tak penting tu, bagi saya ia penting sebenarnya kerana kelayakan SPM digunakan untuk belajar ke peringkat lebih tinggi. Cuma dalam hidup tak semestinya orang yang gagal SPM dia tidak boleh berjaya dalam kehidupan.

“Macam netizen ramai kecam Ismail sebab dia tiada SPM. Bagi saya kini kita tidak boleh percaya lagi dengan tanggapan kalau gagal atau tiada SPM tak boleh berjaya.

Aiman berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media Mask Run di Wow KL Bistro, Kuala Lumpur hari ini.

Ismail sebelum ini menerusi laporan sebuah portal mengatakan dia enggan mengambil SPM memandangkan tidak suka belajar.

Menurut Aiman, dia setuju dengan pandangan Ismail sebab ada segelintir rakannya yang tiada SPM, namun kini semakin berjaya serta sudah ada syarikat sendiri dan terbabit dengan pengurusan acara.

“Yang penting sama ada kita rajin berusaha atau tidak sahaja dalam memajukan hidup kita sendiri. Itu yang paling penting bagi saya,” katanya.

Selain Aiman, Mask Run yang akan diadakan pada 15 April ini akan turut disertai dua lagi selebriti iaitu Azza Elite dan Sasha Saidin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu, Aiman berkata dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri popular Mok Cun 4 yang diarahkan Eirma Fatima.

Aiman mengakui seronok berlakon, namun tidak pernah sesekali melupakan bidang nyanyian kerana itu merupakan fokus utamanya sejak menceburi bidang seni dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button