• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Travis Scott Dikhabarkan Sempat Jalin Hubungan Cinta Dengan Rihanna

Sejak kebelakangan ini, sempat tersebar khabar angin yang mengatakan bahawa Travis Scott akan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Kylie Jenner, meskipun kedua-duanya belum lagi memberikan sebarang pengesahan.

Di saat-saat khabar tersebut yang bertebaran dalam kalangan peminat, kini muncul sebuah lagi cerita yang agak mengejutkan. Seperti yang diungkapkan dari US Magazine, Travis dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Rihanna, sebelum akhirnya bercinta dengan Kylie.

Perkara mengejutkan ini didedahkan menerusi podcast antara Lawrence Schlossman dan James Harris sewaktu membuat wawancara bersama seorang wartawan bernama Jonah Weiner.

Ketika ditanya siapakah artis yang pernah marah ketika membaca artikelnya, Jonah menyebut nama Travis Scott. Dia mengaku rapper berkenaan terkejut saat menyatakan hubungan Travis dan Rihanna.

“Aku mendedahkan cerita tentang dia dan Rihanna, meskipun sempat dilarang oleh mereka,” ujarnya yang mengimbas artikel yang dihasilkan sekitar 4-5 tahun yang lalu.

Gara-gara artikel berkenaan, Jonah turut mengakui hubungan Travis dengan editor majalah Complex iaitu Joe LaPuma menjadi buruk kerana merasakan cerita tersebut membuatkan Rihanna cukup malu apabila diketahui umum.

“Itu bukan seperti yang dia cakapkan ‘Jangan beritahu sesiapaun kalau aku mendekati Rihanna’. Ia kerana Rihanna yang beritahu ‘Jangan beritahu sesiapaun kalau aku mendekati Travis Scott, tolong’. Ia benar-benar hal yang memalukan baginya,” jelas Jonah. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend