Rancangan TVTV

Tujuh Selebriti Popular Meriahkan Kempen Ramadan 2020 Astro

Seramai tujuh selebriti popular telah dilantik menjadi wajah rasmi untuk Kempen Ramadan 2020 Astro iaitu Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Ben Amir, Hael Husaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir dan Chubb-E.

Bertemakan ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, kehadiran ketujuh-tujuh selebriti ini adalah sebagai pemangkin untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.

Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, “Kami di Astro sentiasa komited untuk menyajikan program-program terbaik yang menepati citarasa setiap individu.”

“Walaupun kita dilanda musibah dan dugaan yang tidak disangka, dengan penularan wabak berbahaya COVID-19, penjarakan sosial dan perintah kawalan pergerakan; Ramadan ini, Astro tetap dengan usaha proaktifnya untuk melakar senyuman indah anda dengan pengisian yang mengukuhkan ‘hablum minallah wa hablum minannas’ atau dalam erti kata lain hubungan manusia dengan Allah SWT (hablumminallah) dan hubungan manusia dengan manusia yang lain (hablumminannas).

“Setiap platform di Astro seperti televisyen, radio, digital dan sebagainya memainkan peranan utama masing-masing dalam menyusun sajian program terbaik bagi menemani rakyat Malaysia di saat-saat yang memerlukan ini. Kami menawarkan banyak rancangan baharu yang merangkumi genre keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, sketsa, animasi, komedi serta rancangan khas seperti variasi serta bual bicara,” katanya.

Pelbagai rancangan menarik buat seisi keluarga telah dirangka sepanjang pengisian bulan Ramadan antaranya, program informasi Ala Kazim musim kedua yang bersiaran sejak 20 April lalu pada jam 7.30 malam di Astro Oasis HD (106) dan Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus yang bersiaran setiap Selasa hingga Khamis, jam 7.30 malam di saluran yang sama.

Penonton juga bakal dihiburkan dengan seleksi rancangan hiburan menarik seperti Sepahtu Reunion Al Puasa 2020 yang bakal bersiaran pada 15 dan 22 Mei ini, jam 9 malam di Astro Warna HD (107). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button