• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Tunang Syazwan Zulkifly Sahkan Sudah Putus Tunang Mac Lalu

Sebelum ini timbul desas-desus mendakwa pelakon Syazwan Zulkifly, 33, sudah putus tunang gara-gara tersebar sekeping foto dia bergambar mesra dengan seorang wanita lain.

Terbaharu, tunang Syazwan, Syawariah Zulkifli, 33, mengesahkan dia dan aktor itu sudah putus tunang pada 31 Mac lalu.

Menurut Syawariah, dia telah pun memulangkan sendiri cincin pertunangannya kepada pelakon tersebut.

“Saya dan Syazwan Zulkifly telah memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac lalu dan saya sendiri telah memulangkan cincin merisik dan bertunang kepada Syazwan sendiri.

“Apa yang berlaku antara saya dan Syazwan, saya anggap sudah tak ada jodoh dan biarlah kami sahaja yang tahu punca perpisahan ini.

“Isu gambar Syazwan bersama wanita lain itu biarlah pihak Syazwan sendiri yang jelaskan. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk dia,” tulis pramugari itu di laman Instagramnya.

Syazwan dan Syawariah bertunang pada 31 Ogos tahun lalu di Taiping, Perak. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend