• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Twitter Shah Rukh Khan Paling Dicari-Cari Netizen Di India

Pelakon terkenal, Shah Rukh Khan, 53, sememangnya dikenali seorang yang suka berkomunikasi dengan para peminatnya di laman sosial Twitter.

Terbaharu, akaun Twitter pelakon ini telah dinobat sebagai akaun selebriti yang paling disebut-sebut netizen di India pada tahun ini.

Shah Rukh sering berhubung dengan peminat malah turut mewujudkan tanda pagar #AskSrk untuk sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Pelakon yang cukup terkenal dengan filem ikonik Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham ini sering berkongsi gambar anak-anaknya serta promosi filem terbaharu di laman sosial sehingga menempatkannya dalam senarai laman sosial yang paling dicari-cari peminat.

Satu-satunya selebriti yang tercalon dalam senarai tersebut, Shah Rukh berada di kedudukan ketujuh, manakala Perdana Menteri India, Narendra Modi mengungguli carta berkenaan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend