AntarabangsaHollywood

Usher Dan Isteri Berpisah Lepas Dua Tahun Berkahwin

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Usher dan isteri, Grace Miguel akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pasangan itu, mereka berkata akan terus kekal berkawan biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

Hubungan mereka dikatakan mula berantakan pada hujung tahun lalu selepas kali terakhir Usher berkongsikan gambar isterinya itu di laman Instagram adalah ketika perayaan Halloween, Oktober lalu.

Sejak mula menjalinkan percintaan dengan Grace, Usher merupakan seorang yang sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya.

Hanya setelah sah berkahwin, baharulah Usher berkongsikan khabar gembira itu menerusi program bual bicara, The Ellen Show pada September 2015.

Ini merupakan perkahwinan kedua Usher selepas dia bercerai dengan Tameka Foster pada 2009.

Hasil perkahwinan dengan Tameka, Usher mempunyai dua anak lelaki, Cinco, 10, dan Naviyd, 9. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button