AntarabangsaHollywood

Victoria Beckham Dapat Sokongan Daripada Suami Dan Anak-Anak

Pereka fesyen dan bekas penyanyi kumpulan Spice Girls Victoria Beckham, 45, telah mendapat sokongan penuh daripada keluarganya bagi pertunjukkan Minggu Fesyen London (London Fashion Week), semalam.

Sementara itu, kehadiran suaminya David Beckham yang duduk di barisan hadapan bersama empat anak mereka iaitu Brooklyn, 20, Romeo, 17, Cruz, 14, dan Harper, 8, turut memeriahkan lagi majlis itu.

Menerusi Instagram, David turut menyiarkan gambar rambut Harper yang mirip dengan editor majalah Vogue Amerika, Anna Wintour di Insta Storynya.

“Harper dan Anna, kedua-dua rambut mereka sangat menakjubkan,” tulisnya.

Victoria mendirikan rumah tangga bersama bekas bintang bola sepak itu pada 4 Julai 1999 di Luttrellstown Castle, Ireland. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button