AntarabangsaHollywood

Victoria Bidas Khabar Angin Akan Bercerai Dengan David Beckham

Gosip mengenai kisah penceraian di antara pasangan popular dunia, David dan isterinya, Victoria Beckham bukanlah satu perkara baharu.

Setiap tahun ada sahaja mengenai khabar angin itu namun pantas dinafikan kedua-dua mereka.

Kali ini, Victoria atau lebih dikenali sebagai Posh berkata dia sudah tidak terkesan dengan perkara tersebut.

“Orang ramai sudah membuat pelbagai telahan dan andaian mereka sendiri berkenaan hubungan kami yang sudah terjalin hampir 20 tahun. Saya dan David sudah biasa berhadapan dengan perkara begini.

“Kami cuma ambil pendekatan dengan tidak mengambil peduli gosip-gosip itu semua dan hanya menjalani kehidupan seperti biasa. Kami menyedari yang kami lebih kuat apabila bersama daripada berseorangan,” katanya lagi.

Posh dan bekas bintang bola sepak ternama itu mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999. Mereka memiliki empat penyeri hidup iaitu Brooklyn, 19, Romeo, 16, Cruz, 13, dan Harper, 7. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button