Rancangan TV

Vokal Lan, Aina, Indah & Tomok Bakal Dicabar 24 Penyanyi Amatur

Berbeza dengan program realiti nyanyian lain, rancangan terbaharu terbitan TV3, Vokal Mania bakal menyaksikan pertembungan di antara penyanyi profesional dengan penyanyi amatur yang digelar rookie demi mencapai takhta kejuaraan program tersebut.

Kredibiliti empat penyanyi profesional iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok bakal dicabar oleh 24 penyanyi rookie yang bukan calang-calang bakat nyanyian dimiliki mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh berkata, “Alhamdulillah kami kembali dengan program hiburan siaran langsung seperti dahulu kala, bermula dengan Vokal Mania ini.”

“Kekangan demi kekangan terpaksa kita hadapi kerana penularan wabak COVID-19 ini sebagai satu rakyat. TV3 tetap akan galas tanggung jawab dalam menyajikan program hiburan terbaik untuk tontonan semua. Hadirnya Vokal Mania yang mempunyai format serba baharu, kami harapkan para penonton semua dapat berkumpul seisi rumah, seisi keluarga merapatkan hubungan silaturahim sambil berhibur bersama kami,” ujarnya.

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman. Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Walau bagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania. Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata. Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan. Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing.

Vokal Mania akan bersiaran secara langsung bersama Datuk AC Mizal selaku hos utama dan Azira Shafinaz selaku hos bersama, sepanjang sembilan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam bermula 24 Oktober ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button