Cerita ArtisHiburan

Sudah Bergelar Ibu, Elvina Tetap Pentingkan Penjagaan Diri

Kebiasaannya apabila seseorang wanita sudah berumah tangga dan dikurniakan anak, ada segelintir yang tidak lagi menjaga ketrampilan diri agar sentiasa kemas dan bersiap.

Namun pelakon Datin Elvina Mohamad mengambil langkah sentiasa mencantikkan diri biarpun kini sudah dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen yang kini sudah mencecah usia lima bulan.

“Bila di rumah memang kita macam orang gaji, ibarat serba tidak terurus kerana menjaga anak. Ibaratnya saya bukan Elvina yang berlakon, kalau di rumah saya adalah Elvina yang sibuk menguruskan anak.

“Walaupun sibuk mengasuh anak, saya percaya golongan ibu perlu ada ‘me time’ mereka sendiri agar tetap kelihatan kemas dan terurus.

“Bila saya keluar, saya tetap kemaskan diri kerana tak nak orang cakap bila ada anak makin selekeh. Perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan tayangan program raya Astro di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Elvina, dia bukan hanya bersiap ketika di luar rumah, sebaliknya turut berbuat demikian di hadapan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan.

“Setiap lelaki suka tengok benda yang cantik dan mereka pasti nakkan isteri sentiasa bersiap dan nampak cantik.

“Kita sebagai isteri jangan pandang rendah tentang benda ini. Kita kena selalu bersiap menjaga penampilan agar tidak timbul perkara-perkara lain di kemudian hari,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button