Cerita ArtisHiburan

Wani Kayrie Terpaksa Tangguh Hasrat Kembang Karier Di Indonesia

Penyanyi Wani Kayrie menyatakan dia terpaksa mengambil keputusan menangguhkan hasratnya untuk mengembangkan karier nyanyiannya di Indonesia.

Menurut Wani, tindakan berkenaan perlu dilakukan semata-mata mahu menumpukan pengajiannya dalam jurusan undang-undang yang bakal ditempuhinya tidak lama lagi.

“Setelah difikirkan masak-masak, rasanya lebih baik saya tumpukan dulu dalam pelajaran dan hanya tumpu karier nyanyian di negara sendiri.

“Bukan mahu melepaskan peluang keemasan untuk mencipta nama di sana, sebaliknya ini semua disebabkan komitmen dan mahu memenuhi hasrat ibu untuk lihat saya berjaya dalam pelajaran,” ujarnya yang pernah menyertai rancangan D’ Academy Asia 4.

Wani berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program realiti digital Gempak Original Series ‘The House’ yang berlangsung di Bangsar semalam.

Menurut Wani, dia akan memulakan pembelajaran di Management & Science University (MSU) dalam jurusan undang-undang selama empat tahun.

Dalam pada itu, penyanyi itu juga meluahkan rasa syukurnya apabila mendapat biasiswa sepenuhnya oleh pihak universiti berkenaan sepanjang pengajian menerusi MSU Scholarship Reward for Exellence Student.

“Alhamdulillah, saya pun tidak sangka dengan tajaan yang diterima ini dan tentunya ia menjadi pembakar semangat kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Lagipun menurut pihak universiti biasiswa yang diterima ini bukan sebab saya seorang penyanyi, sebaliknya atas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya yang cemerlang sebelum ini,” jelasnya yang mendapat keputusan 7A dalam peperiksaan SPM.

Menurutnya, pihak universiti juga tidak menghalang untuk dia terus aktif dalam bidang nyanyian, asalkan dia perlu mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button