• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Kelly Clarkson Kembali Hos Anugerah Muzik Billboard 2019

Penyanyi Kelly Clarkson sekali lagi telah terpilih untuk menjadi hos bagi acara muzik terbesar iaitu Anugerah Muzik Billboard 2019.

Acara anugerah berkenaan yang akan diadakan pada 2 Mei ini dan bersiaran langsung dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat.

“Sudah tentu saya berasa sangat gembira kerana dapat mengacarakan Billboard Music Awards pada tahun lalu dan kali ini saya kembali lagi.

“Untuk acara itu nanti saya akan memberikan yang terbaik dan saya tak sabar untuk meraikan rakan-rakan artis dalam majlis anugerah itu nanti,” katanya.

Juri The Voice musim ke-16 itu baru-baru ini melancarkan album kelapannya berjudul Meaning of Life. Kelly merupakan antara penyanyi era kini yang mana albumnya berjaya terjual lebih 25 juta di seluruh dunia.

Sepanjang kerjayanya, Kelly pernah memenangi tiga trofi Anugerah Grammy, empat trofi American Music Awards dan tiga anugerah MTV Video Music Awards.

Anugerah Muzik Billboard 2019 diterbitkan oleh Dick Clark Productions. Kelly merupakan penerbit eksekutif bersama Mark Bracco, Barry Adelman dan Robert Deaton. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend