• FOLLOW US
Event, Hiburan

Wany Hasrita Bintang Paling Popular, Bawa Pulang Hadiah Kereta

Penyanyi Wany Hasrita membuat kejutan besar apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH 31) dengan meraih undian sebanyak 2,052,997 daripada peminatnya.

Pengumuman itu dibuat pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Wany Hasrita, 26, membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Citroen Picasso yang berharga RM126,000 beserta trofi.

Selain Bintang Paling Popular, Wany turut memenangi trofi Penyanyi Wanita Terbaik menewaskan saingannya seperti Ara Johari, Nur Fazura, Siti Nordiana dan Stacy.

Sementara itu pasangan suami isteri sensasi, Nur Fazura dan Fattah Amin masing-masing memenangi trofi Pelakon TV Wanita dan Lelaki Popular.

Selain itu pasangan yang digelar Fattzura itu juga memenangi kategori online, Pasangan Serasi Drama menerusi drama yang menggandingkan mereka, Hero Seorang Cinderella.

Gandingan Fazura dan Zul Ariffin menerusi filem J Revolusi berjaya menobatkan mereka sebagai Pasangan Serasi Filem.

ABPBH31 turut menghargai sumbangan pelakon veteran, Noorkumalasari apabila menganugerahkannya trofi khas, Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat. Selain trofi, seniwati itu turut membawa pulang barangan kemas sumbangan Habib Jewels.

Majlis bertemakan Infiniti itu turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jeffry Din, Ramlah Ram, Aizat Amdan, Hafiz Suip, Siti Sarah, Misha Omar, Syamel, Ernie Zakri, Sufian Suhaimi, Ismail Izzani, Ben Ladin, Mimi Fly, Amy Mastura dan kugiran Masdo.

Antara penyampai trofi adalah seperti Rita Rudaini, Fauziah Latiff, Fasha Sandha, Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Erma Fatimah, Datuk Hans Isaac, Fattah Amin, Nur Fazura, Mark Adam, Abam, Hael Husaini, Nabila Razali dan Sangeeta Krishnasamy.

Majlis gilang gemilang itu diacarakan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick.

ABPBH30 dibawakan khas oleh Alha Alfa.

Senarai Pemenang ABPBH 31:

1) BINTANG PALING POPULAR: Wany Hasrita

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: Khai Bahar

3) PENYANYI WANITA POPULAR: Wany Hasrita

4) ARTIS KOLABORASI/ DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Syamel & Ernie Zakri

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Fendy Bakry

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Farah Nabilah

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Zul Ariffin

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Emma Maembong

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: Fattah Amin

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Nur Fazura

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: Zizan Razak

12) PENGACARA TV POPULAR: Neelofa

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: Haziq Hot FM

14)ARTIS VERSATIL POPULAR: Alif Satar

Anugerah Khas

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Noorkumalasari

Kategori Online

GANDINGAN SERASI DRAMA: Fattah Amin & Nur Fazura

GANDINGAN SERASI FILEM: Zul Ariffin & Nur Fazura

PERSONALITI MEDIA SOSIAL POPULAR: Fatimah Omar Mukhlis @thefamily.uk

INSTAFAMOUS CILIK POPULAR: Arif Jiwa

ARTIS SENSASI POPULAR: Neelofa

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend