• FOLLOW US
Event, Hiburan

Kumpulan XPDC Hangatkan Pentas Hard Rock Cafe 9 Februari Ini

Kumpulan lagenda XPDC bukan satu nama asing dalam industri hiburan tanah air. Setelah hampir 31 tahun ditubuhkan, XPDC yang dianggotai Mael, Zuar, Amy dan Jeff bakal mengegarkan pentas Sunday Night Live (SNL) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 9 Februari ini, jam 10.30 malam.

Untuk persembahan ini, XPDC akan menghiburkan peminat setia mereka dengan seleksi lagu-lagu hits seperti Hamba Abdi, Senapang Patah, Titian Perjalanan, Aku Masih Di Sini dan lagu berhantu, Semangat Yang Hilang.

Tiket masuk adalah serendah RM100 (termasuk satu minuman ringan) boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Sunday Night Live adalah platform bagi penyanyi tempatan untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan daripada artis kegemaran mereka secara dekat dan live. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend