FilemTerkini

Patung Miniatur Eksklusif Edisi Terhad Untuk Peminat Setia XX Ray lll

Bersempena dengan kemunculan filem terbaharu XX Ray III yang bakal menjengah pawagam bermula 24 Januari ini, pengarahnya, Aziz M.Osman mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi patung miniatur eksklusif watak utama XX Ray 3, Profesor Amir Hamzah.

Munurut pengarah berkenaan, miniatur yang hanya akan dikeluarkan terhad sebanyak 200 unit itu perlu ditempah terlebih dahulu menerusi laman Instagram Aziz dan akan diserahkan kepada para pembeli pada 9 Disember ini.

“Ini merupakan salah satu langkah promosi filem XX Ray III. Ini juga merupakan idea pasukan produksi saya selain untuk dijadikan ‘collectable items’ untuk peminat setia filem francais ini. Ia hanya dikeluarkan sebanyak 200 unit dan tempahan boleh dibuat menerusi laman Instagram saya.

“Kemudian, saya akan buat serahan kepada pembeli pada 9 Disember nanti bertempat di Amcorp Mall. Kami juga akan sertakan sekali sijil keaslian di atas pembelian figura aksi tersebut,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Figura aksi koleksi terhad ini dijual pada harga RM150 seunit manakala ‘mini bust’ (figura topi XX Ray) pula berharga RM179.90.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sambutan terhadap penjualan barangan eksklusif tersebut, Aziz memberitahu ia mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

“Setakat ini sudah lebih 50 unit terjual sejak ia mula diiklankan semalam. Benda ini memang ‘rare’ sebab kalau mereka boleh jual balik pada harga yang tinggi di kemudian hari,” ujarnya.

XX Ray III merupakan siri ketiga filem XX Ray yang pernah dikeluarkan pada 1992 dan XX Ray II (1995). Filem yang menggabungkan unsur komedi dan penggembaraan ini dibintangi Izzue Islam dan Nonny Nadirah sebagai teraju utama.

XX Ray 3 yang menelan belanja RM2.5 juta diterbitkan oleh syarikat milik Aziz sendiri iaitu Ace Motion Pictures Sdn Bhd. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button