Rancangan TVTV

Yantzen Gagal Teruskan Saingan Ke Separuh Akhir Gegar Vaganza 7

Setelah lapan minggu bersaingan dalam pentas Gegar Vaganza 7 (GV7), penyanyi Yantzen terpaksa akur apabila tersingkir di peringkat suku akhir.

Mempersembahkan lagu Segalanya Ku Terima yang dipopularkan oleh kumpulan Illusi, ternyata Yantzen masih tidak mampu mengatasi persembahan tujuh peserta lain.

Untuk saingan suku akhir, Muss telah berhasil berada ditangga pertama dengan persembahan mantap lagu Seragam Hitam (Kristal), manakala tempat kedua menjadi milik Linda Nanuwil (Teringin – Shima) dan Ayu Damit ditangga kedua menerusi persembahan lagu Rahsia Pohon Cemara (Exist).

GV 7 untuk saingan suku akhir diadili oleh Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap. Datuk Shafinaz dan Mamat Khalid pula menjadi juri jemputan.

Pada peringkat separuh akhir, para peserta masing-masing akan mempersembahkan dua buah lagu menerusi tema ‘Oustatation’. – KopiPlanet.com

*Tema Outstation (Persembahan Separuh Akhir)

  1. Rock You Like A Hurricane & Kasih – Muss
  2. Anak & Teruskanlah – Linda Nanuwil
  3. Skyfall & Dia – Ayu Damit
  4. Chaiyya Chaiyya & Bisikan Cinta – Noraniza Idris
  5. Biso Bonar & Fantasia Musim Cinta – Oja
  6. Don’t Speak & Peluang Kedua – Ashira
  7. Hoi Fut Tin Hung & Tercipta Untukku – Cliff Umar

Kredit Foto: Instagram Astro Gempak

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button