AntarabangsaKpop

Yeon Soo Nafi Buat Pembedahan Plastik Pada Mata & Dagu

Pelakon Ha Yeon Soo menafikan pernah melakukan pembedahan plastik di bahagian mata dan dagu setelah dituduh oleh netizen tentang sekeping gambar lama memperlihatkan dirinya sewaktu berada di sekolah rendah tersebar luas di media sosial.

Yeon Soon tampil memberi penjelasan di sebuah rancangan televisyen Korea Selatan tentang isu yang dibangkitkan oleh netizen itu adalah tidak benar sama sekali.

“Gambar ketika sekolah rendah saya disebarkan di internet. Sewaktu gambar lama itu diambil cuaca sangat panas dan cahaya matahari betul-betul terpancar terik, sebab itu saya ambil gambar sambil kecilkan mata.

“Tetapi apabila netizen melihat gambar mereka terus mendakwa saya melakukan pembedahan plastik,” kata Yeon Soo.

Bagi membuktikan dirinya sememangnya tidak pernah melakukan pembedahan plastik yang sinonim dengan selebriti Korea, Yeon Soon membawa beberapa gambar di zaman remajanya menerusi program tv tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button