
Zamani Terselamat Daripada Tersingkir Setelah Dapat Imuniti Aliff Syukri
Peserta Gegar Vaganza 5 (GV 5), Zamani Slam telah terselamat daripada tersingkir setelah mendapat imuniti daripada Datuk Seri Aliff Syukri yang juga penaja utama rancangan tersebut.
Untuk persembahan pada minggu kelima, Zamani yang sepatutnya mempersembahkan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta tidak dapat melakukannya atas masalah kesihatan.
Malah, penyanyi itu langsung tidak dapat menyanyi, meskipun mendapat sokongan padu daripada penonton yang turut berama-ramai menyanyikan lagu berkenaan.
Merasakan Zamani berhak mendapat satu lagi peluang, Aliff Syukri akhirnya menggunakan satu peluang imuniti yang dimilikinya agar penyanyi itu dapat beraksi pada minggu hadapan.
Malah, rata-rata yang menonton GV 5 secara live menerusi laman YouTube juga berpendapat Zamani wajar diberi sekali lagi peluang untuk beraksi. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Astro Gempak



