• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Jennifer Lopez Tayang Cincin Berlian, Beri Gambaran Dah Bertunang?

Peminat membuat andaian bahawa penyanyi Jennifer Lopez sudah bertunang dengan teman lelakinya, Alex Rodriquez.

Perkara itu timbul selepas Jennifer atau lebih dikenali dengan nama manjanya, J Lo menunjukkan sebentuk cincin bertakhtakan berlian di laman Instagramnya.

J Lo menunjukkan cincin itu ketika menghadiri sebuah perlawanan sukan di Boston ketika sedang meluangkan masa bersama-sama kekasihnya yang juga merupakan pemain bola keranjang.

Alex, 43, sebelum ini pernah membuat kenyataan menerusi program The Tonight Show yang dia akan meuar-uarkan kepada umum sekiranya kedua-duanya sudah mengambil keputusan untuk mendiri perkahwinan.

Pasangan ini mula membuat kemunculan bersama pada Mei tahun lalu di acara Met Gala dan pelantun lagu Jenny From The Block itu pernah mengatakan Alex merupakan teman sehati sejiwa yang sangat memahami dirinya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend