Cerita ArtisHiburan

Zarina Anjoulie Kemuka Saman Malu Terhadap Tiga Individu

Sejak kebelakangan ini industri hiburan negara dikejutkan dengan isu perbalahan antara pelakon Zarina Anjoulie dengan beberapa artis tanah air termasuk membabitkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Malah, isu berkenaan semakin berlarutan sehingga satu laporan polis telah dibuat oleh Seniman yang menyatakan video yang dirakam dan dimuat naik telah menimbulkan pelbagai perbalahan antara netizen dengan artis dan pada masa sama, mencalarkan imej Seniman sebagai persatuan.

Bagaimanapun, Zarina menerusi video terbarunya menyatakan dia juga telah mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan untuk mengambil tindakan saman terhadap tiga individu.

“Semalam aku dah buat report, tiga nama aku dah submit untuk aku proceed kes saman. Jangan dari elok-elok kau bercita-cita nak makan daging aku buat kau makan pasir,” tegasnya.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan tidak menyatakan lebih lanjut tentang tiga nama tersebut. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zarina Anjoulie

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button