AntarabangsaHollywood

Zayn Malik & Gigi Hadid Berpisah Lagi Selepas Kembali Bercinta

Hampir beberapa bulan mendedahkan percintaan mereka di media sosial setelah berpisah pada bulan Mac lalu, Zaynn Malik dan Gigi Hadid telah kembali menyambung hubungan yang terputus itu buat kali kedua.

Namun demikian, ada pihak melaporkan bahawa kedua-dua pasangan selebriti itu sekali lagi telah mengakhiri hubungan mereka.

Pasangan selebriti yang cukup popular ini mula berkenalan pada November 2015, namun satu kontroversi telah tercetus buat kali pertama apabila Zaynn tidak menghadirkan diri ke pertunjukan fesyen Victoria Secret bagi memberi sokongan kepada Gigi seperti yang dilakukan Zayn pada tahun-tahun sebelumnya.

Disamping itu, pasangan ini dilihat tidak lagi muncul bersama di media sosial (news feed) antara satu sama lain sejak beberapa bulan yang lalu dan baru-baru ini mereka sering bercuti secara berasingan. Selain itu, Zayn juga tidak lagi menjadi pengikut Gigi di Instagram milik model terkenal itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button