• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Zizan Razak Perjelas ‘Not Our Level’ Bukan Tuju Pada Kerjaya Jururawat

Pelakon dan pelawak Zizan Razak memberikan penjelasan bahawa ayat ‘Not Our Level’ menerusi perbualan Whats App antara dia dan Linda Rafar bukanlah ditujukan kepada kerjaya jururawat.

Zizan menerusi Instastory miliknya menjelaskan, isu mengenai ayat tersebut bukanlah ditujukan kepada pekerjaan dan sebaliknya ialah perangai bodoh sombong.

“Assalamualaikum saya ucapkan kepada nurse yang berada di seluruh Malaysia. Dalam isu ‘not our level’ saya tidak merujuk kepada pekerjaan ya.

“Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong. So tak kisah apa bentuk pekerjaan pun yang bodoh sombong dia bukan level saya termasuk juga rakan artis,” jelasnya.

Sebelum ini, penyanyi Linda Rafar memuat naik Whats App perbualannya bersama Zizan di Instastory miliknya sehingga pelawak berkenaan mendapat kecaman segelintir netizen.

Baru-baru ini, Linda meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap jururawat di sebuah hospital apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan jururawat di situ.

Dalam pada itu, Zizan menyatakan dia terserah sekiranya ada pihak yang cuba untuk memanipulasi kenyataan yang dibuatnya itu.

“Jumpa di akhirat kelak,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend