
Zul Ariffin Dikejarkan Ke Hospital Setelah Alami Tekanan Darah Tinggi
Pelakon popular Zul Ariffin dikejarkan ke sebuah hospital di Selangor kerana mengalami tekanan darah tinggi pada petang semalam.
Pengurus Zul, Afdal Shahizad ketika dihubungi memberitahu, keadaan pelakon berkenaan bertambah baik selepas mendapat rawatan doktor dan kini sedang berehat di rumah.
“Ketika itu Zul berada dalam keadaan kurang sihat dan dibawa ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi.
“Bagaimanapun, sekarang ini keadaannya bertambah baik selepas berjumpa doktor dan mendapat rawatan lanjut. Selepas empat jam dipantau doktor, Zul kini berehat di rumah,” katanya.
Difahamkan Zul telah ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam bermula pada pukul 4 petang.
Sebelum ini, Zul telah berkongsi di Insta Story miliknya iaitu gambar dia terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanan. – KopiPlanet.com