• FOLLOW US
Rancangan TV, TV

10 Finalis Bertarung Rebut Gelaran Malaysia Top Make Up Artist

Seramai 10 peserta telah disenarai pendek bagi memburu gelaran Malaysia Top Make Up Artist (MTM) bagi program pencarian realiti mencari jurusolek artis terbaik.

Pengasas rancangan tersebut yang juga merupakan jurusolek profesional, Datuk Alha Alfa berkata tujuan program itu dilaksanakan adalah untuk mengasah bakat anak muda dalam dunia solekan serta memberi bimbingan yang betul untuk mereka terus mengorak langkah menerusi bidang tersebut.

“Juri dipilih akan mengadili hasil solekan peserta dalam setiap episod. Program realiti ini berkonsep tugasan bertema dengan setiap minggu akan diadakan sesi penyingkiran peserta.

“Program MTM juga akan membuat rakaman di Jogjakarta sementara peringkat separuh akhir akan diadakan di Bali, Indonesia.

“Episod akhir pula akan dilakukan di Malaysia dengan empat finalis yang mencapai mata tertinggi bersaing merebut gelaran juara,” katanya.

Alha berkata, MTM menawarkan hadiah lumayan termasuk wang tunai RM25,000 kepada juara, RM15,000 (naib juara) dan RM10,000 (tempat ketiga).

Selain Alha, juri MTM merangkumi Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Puan Sri Tiara Jacquelina, Amber Chia, Connie Sim, Kavitha Sidhu, Datin Paduka Suhaimi Baba, Thanuja, Sazzy Falak dan Rizman Ruzaini. Peserta juga akan mendapat tunjuk ajar daripada jurusolek artis berpengalaman seperti Deqsha, Ayang Kamel dan Ezal Ezlizan.

Program tersebut akan bersiaran sebanyak 10 episod di saluran Astro Ria (104) & Astro Ria HD (123) pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 15 Februari ini.

Pemilihan peserta ini berdasarkan beberapa peringkat, bermula dengan penghantaran penyertaan video make up selama 1 minit dengan menggunakan produk Alha Alfa iaitu Set Borderless. Penghantaran video dibuka pada 13 November sehingga 4 Disember lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend