• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Adele Perjuang Hak Orang Kulit Hitam, Harap Mereka Lebih Fokus

Semakin ramai selebriti melahirkan sokongan mereka terhadap kematian lelaki kulit hitam, George Floyd yang terbunuh di atas perbuatan tidak berperikemanusiaan anggota polis di Amerika Syarikat, minggu lalu.

Terbaharu, Adele menyatakan sokongannya terhadap isu tersebut dan berharap orang ramai yang merusuh sehingga mencetuskan huru-hara di beberapa butik kedai terkemuka menghentikan perbuatan tersebut.

“Kematian George Floyd telah mengejutkan seluruh dunia, kes seperti ini sudah banyak kali berlaku sebelum ini. Rusuhan banyak berlaku sehingga mencetuskan huru-hara.

“Anda semua berhak untuk marah namun biarlah marah bertempat! Teruskan mendengar, bertanya dan sentiasa belajar (dalam setiap insiden yang berlaku). Saya sentiasa menyokong hak kebebasan dan keadilan untuk semua pihak,” luah penyanyi berusia 32 tahun itu.

Rusuhan giat dilakukan di beberapa negeri di Amerika selain di Toronto, Kanada dan London, United Kingdom.

George maut di tangan anggota polis yang bertindak menindih lehernya selama lebih lapan minit sehingga menyebabkan kematiannya.

Mangsa maut selepas dia dilaporkan membayar barangan yang dibeli di sebuah pasaraya dengan menggunakan wang palsu. Pihak polis mendakwa George melawan ketika ditahan sehingga menyebabkan mereka terpaksa bertindak kasar terhadapnya namun hasil tinjauan menerusi kamera litar tertutup di tempat kejadian, George dilihat langsung tidak melawan dan membantah anggota polis yang bertugas.

Susulan itu, ramai perusuh tampil membuat protes di atas jalan raya termasuk menceroboh kedai untuk menuntut keadilan terhadap kematian George serta mencemuh sikap perkauman orang kulit putih terhadap golongan monoriti kulit hitam di negara Uncle Sam. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend