Cerita ArtisHiburan

Niena Baharun Dedah Cerita Dipanggil Lakukan Ujian Air Kencing

Pelakon Datin Niena Baharun menceritakan saat-saat cemas bersama sahabat baiknya ketika dipanggil oleh cikgu disiplin untuk melakukan ujian air kencing (urine test) yang dibuat oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Niena, 26, berkongsi kisah tersebut melalui laman Instagram miliknya baru-baru ini, ketika dia masih menuntut di sebuah sekolah menengah beberapa tahun yang lalu.

“Dulu kami selalu berkepit sampai ada satu kisah masa zaman sekolah kami kena panggil dengan cikgu disiplin. Tak tahu apa citer tetiber kena panggil masuk dewan untuk urine test okey.

“Haa masa tu puak AADK dah ada tengah prepare nak urine test pelajar yang dipanggil. Dalam dewan tu rasanya muka kitaorang je yang berjenis sikit,” dedahnya menerusi Instagram.

Menurut pelakon itu lagi, dia dan rakannya itu berasa bangga apabila ujian yang dilakukan ke atas mereka berdua didapati negatif.

Dalam pada itu, Niena memberitahu peristiwa itu berlaku secara kebetulan ketika pihak AADK datang untuk melakukan pameran.

Niena mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan iaitu Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 di Kota Bharu, Kelantan. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Adiel Mikael yang berusia 2 bulan. – KopiPlanet.com

Kredit foto : Instagram Niena Baharun

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button