
Linda Rafar Maafkan Netizen Yang Pernah Caci, Maki Hamun Dirinya
Nama Linda Rafar sebelum ini menjadi perhatian hangat selepas dia mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman lebih 100 netizen yang menghina dan mencacinya berikutan kontroversi melibatkannya dengan jururawat yang merawat arwah ibunya, Rasimah Abd Rahman.
Mengambil kesempatan kehadiran bulan Ramadan yang mulia, Linda memaafkan setiap netizen yang pernah menghinanya sebelum ini.
Menulis di entri Instagramnya, Linda berkata, “Dalam sidang media terakhir yang saya lakukan, saya rasa marah, terhina dan sedih kerana kematian ibu saya masih lagi tidak menghentikan kejadian siber buli terhadap saya. Hati saya pada ketika itu penuh dengan kemarahan.”
“Peguam saya menghantar notis kepada beratus pihak yang memfitnah saya tapi hati saya masih rasa tidak tenang. Ada sebahagian daripada mereka menghantar ‘direct message’ memohon maaf kepada saya. Walaupun saya maafkan mereka tapi ada sesetengah daripada mereka yang telah melampaui batas sehingga menyebabkan saya mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan reputasi saya.
“Di kesempatan bulan Ramadan ini, saya ambil peluang ini untuk meminta maaf kepada mana-mana pihak yang saya sakiti dan saya pun maafkan mereka yang memohon maaf kepada saya. Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi Allah ini dan tidak salah jika kita yang ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah Allah Maha Melihat. Segala kebaikan n keburukan dicatit dan tidak ada satu pun yang akan terlepas pandang. Dunia sementara, akhirat selamanyaa,” luah isteri kepada pelakon Syed Aiman itu.
Menulis di entri Instagramnya, Linda berkata, “Dalam sidang media terakhir yang saya lakukan, saya rasa marah, terhina dan sedih kerana kematian ibu saya masih lagi tidak menghentikan kejadian siber buli terhadap saya. Hati saya pada ketika itu penuh dengan kemarahan.”
“Peguam saya menghantar notis kepada beratus pihak yang memfitnah saya tapi hati saya masih tidak tenang. Ada sebahagian daripada mereka menghantar ‘direct message’ memohon maaf kepada saya. Walaupun saya maafkan mereka tapi ada sesetengah daripada mereka yang telah melampaui batas sehingga menyebabkan saya mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan reputasi saya.
“Di kesempatan bulan Ramadan ini, saya ambil peluang ini untuk meminta maaf kepada mana-mana pihak yang saya sakiti dan saya pun maafkan mereka yang memohon maaf kepada saya. Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi Allah ini dan tidak salah jika kita yang ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah Allah Maha Melihat. Segala kebaikan n keburukan dicatit dan tidak ada satu pun yang akan terlepas pandang. Dunia sementara, akhirat selamanyaa,” luah isteri kepada pelakon Syed Aiman itu.
Kontroversi melibatkan Linda dengan jururawat bermula apabila dia memuat naik beberapa status menerusi Instagram Story menunjukkan ibunya mendapat layanan acuh tidak acuh daripada seorang jururawat sebuah hospital kerajaan di Selangor.
Tindakannya itu menerima kecaman ramai pihak termasuk warganet yang mengutuknya di atas perkara tersebut sehinggakan Linda terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.
Menerusi sidang media yang diadakan pada 29 Januari lalu, Linda mengemukakan saman ke atas lebih 100 individu yang melemparkan kecaman sehingga menjejaskan reputasinya di laman sosial berhubung dakwaan memfitnah jururawat. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Linda Rafar