AntarabangsaHollywood

Coldplay Keluar Album Baharu, Perkenal 2 Single ‘Orphans’ & ‘Arabesque’

Selepas hampir empat tahun ‘sunyi’ daripada album dan lagu baharu, terkini Coldplay kembali memeriahkan industri dengan album terbaharu, Everyday Life.

Menariknya, album itu terbahagi kepada dua bahagian yang diberi judul Sunrise dan Sunset seperti mana simbolik logo bulan dan matahari yang diletakkan menerusi gambar profil di akaun Twitter dan Instagram mereka.

Coldplay juga telah memperkenalkan dua single daripada album terbaharu iaitu Orphans dan Arabesque. Lagu Arabesque juga mengetengahkan lirik bahasa Perancis.

Album terbaharu band yang dianggotai Chris Martin, Guy Berryman, Will Champion dan Jonny Buckland itu akan berada di pasaran pada 22 November ini.

Coldplay turut melakukan gimik pengenalan lagu-lagu dalam album terbaharu mereka dengan memaparkannya di ruangan iklan akhbar di seluruh dunia termasuk di Malaysia apabila ia dikeluarkan di akhbar The Sun, The Star dan Sin Chew Daily. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button