Cerita ArtisHiburan

Ogy Masih Belum Lunas Baki, Aloy Buat Laporan Polis

Setelah beberapa bulan menanti untuk dilunaskan baki pembayaran gaji masih belum ditunaikan, penulis skrip teater Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks akhirnya membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur, malam semalam.

Menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagramnya, Aloy berkata dia berbuat demikian setelah penerbit teater tersebut, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy telah melanggar perjanjian kontrak kerja di antara mereka.

“Saya telah membuat laporan polis di atas kecurangan perlanggaran perjanjian serta penindasan ke atas saya oleh seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy yang sehingga kini masih belum menjelaskan sepenuhnya gaji saya untuk kerja-kerja penulisan skrip teater Korupsi Dewan Semandung,” tulisnya di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, Ogy didakwa masih belum melunaskan baki bayaran yang sepatutnya diterima pelakon dan krew produksi teater tersebut.

Korupsi Dewan Semandung yang diarahkan Khir Rahman membariskan nama pelawak terkenal tanah air seperti Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke, Chiwan, Man Puteh, Tapai, Sharif Zero dan Syura Badron.

Naskhah itu turut membawakan penampilan khas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang julung kali muncul di pentas teater.

Korupsi Dewan Semandung yang diterbitkan Ogy Ventures & Network dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button