Cerita ArtisHiburan

Lelaki Pekak Dan Bisu Minta Shuib Bersabar, Terus Merendah Diri

Di sebalik kontorversi melibatkan dirinya dipanggil memberikan keterangan berkaitan kes penggubahan wang haram melibatkan rakan kongsinya, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuib tetap tampil maju ke hadapan dengan membuka sebuah lagi kafe minuman Bubble Bee di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Ketika di majlis perasmian itu, Shuib sempat didekati oleh seorang lelaki bisu dan pekak yang menggenakan pakaian badut pada hari tersebut.

Menerusi video yang dimuatnaik ke Instagram milik Shuib itu, lelaki tersebut seolah-olah meminta pelawak itu untuk terus bersabar dengan dugaan yang sedang dihadapi.

Lelaki itu yang dipercayai bekerja seorang seorang penghibur (badut) itu turut menasihati suami kepada penyanyi Siti Sarah itu agar banyakkan berdoa dan kekal merendah diri.

“Ada seorang abang badut ini beria-ia mengejar dan hendak berjumpa dengan saya. Bila dah bertemu, dia beritahu yang dia pekak dan bisu.

“Walaupun saya tak berapa faham apa yang cuba disampaikan, tetapi apa yang dia lakukan sangat menyentuh hati saya.

“Dia seolah-olah faham dengan apa yang sedang berlaku. Semoga abang badut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button