AntarabangsaHollywood

Jatuh Basikal, Ed Sheeran Batal 4 Konsert Jelajah

Penyanyi Ed Sheeran mengesahkan dia terpaksa membatalkan empat lokasi konsert jelajah Asianya selepas mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangannya akibat insiden jatuh basikal minggu lalu.

Antara konsert yang terpaksa dibatalkannya ialah di Taipei, Osaka, Seoul, Tokyo dan Hong Kong yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober hingga 5 November ini.

Berita sedih itu diumumkannya sendiri menerusi satu posting di laman Instagramnya, @teddysphotos yang mempunyai 15.8 juta pengikut.

Walaupun mengalami kecederaan, Ed tidak ketinggalan memeriahkan acara Anugerah London Q yang diadakan di London, semalam.

Dalam majlis itu, Ed hadir dengan tangan kanannya berbalut dan sebelah lagi terpaksa diampuh di lehernya.

Ed memenangi trofi Best Act dalam anugerah tersebut, dihoskan majalah Q yang mengiktiraf pemuzik tempatan.

Pelantun lagu Perfect itu dijadualkan mengadakan persembahan di Malaysia pada 14 November ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button