AntarabangsaHollywood

Britney Spears Tubuh Yayasan Kanser Kanak-Kanak

Penyanyi Britney Spears menyumbang kembali kepada masyarakat apabila menubuhkan satu badan kebajikan iaitu Yayasan Kanser Kanak-Kanak Nevada yang bertempat di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Yayasan itu dirasmikan selebriti berusia 35 tahun itu, baru-baru ini.

Yayasan tersebut ditubuhkan Britney yang mana ia menelan belanja sebanyak US$1 juta (RM4.2 juta) hasil kutipan tiket persembahan Piece of Me yang diadakan di Planet Hollywood sebelum ini.

“Kami mula mengumpul kutipan derma sejak 2014 dan apabila berjaya mengumpul US$ 1 juta, yayasan ini ditubuhkan untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua yang menjadikan impian ini satu realiti,” katanya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button