
AntarabangsaKpop
Kang Gary Bergelar Bapa, Dapat Anak Lelaki
Selebriti Kang Gary dilapor selamat menimang cahaya mata sulung lelaki, Jumaat lalu.
Gary mengumumkan berita gembira itu menerusi laman sosial Instagramnya dengan memuat naik gambar telapak kaki anaknya beserta kapsyen, “Gary Junior”.
Bekas bintang realiti Running Man ini pernah menggemparkan peminatnya dengan mengumumkan sudah berkahwin pada April lalu.
Menerusi pengumuman itu, Gary tidak mendedahkan identiti permaisuri hatinya namun berkata isterinya bukan terdiri daripada kalangan selebriti.
Malah mereka juga tidak mengadakan sebarang majlis resepsi selepas sah bergelar suami isteri. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
1
+1
+1
+1
+1
+1