AntarabangsaHollywood

John Mayer Masuk Hospital Akibat Apendiks Teruk

Penyanyi John Mayer dikejarkan ke hospital semalam akibat penyakit apendiks teruk yang dialaminya baru-baru ini.

Akibat penyakit itu, John dikhabarkan akan menjalani satu pembedahan segera yang akan diketuai doktor pakar di sebuah hospital di New Orleans, Amerika Syarikat.

Susulan itu, satu konsert yang dijadualkan sepatutnya berlangsung semalam telah ditunda oleh pihak pengurusan penyanyi itu ke satu tarikh lain.

Rakan-rakan pemuzik yang sentiasa mengiringi persembahan John mendoakan kesihatan penyanyi lagu Your Body Is A Wonderland itu segera sembuh seperti sedia kala.

Ia termasuk rakan baiknya, personaliti TV Andy Cohen yang turut mendoakan John agar cepat sembuh dari penyakitnya itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button